Dolar Diniagakan Rendah Susulan Kenyataan Trump Berhubung Pengukuhan Mata Wang

Dolar jatuh dari paras tinggi yang dicapai pada awal tahun baru selepas bakal Presiden AS, Donald Trump memberikan isyarat bahawa beliau lebih cenderung kepada penurunan mata wang setelah menerima amaran bahawa dolar AS kini adalah "terlalu kuat". Indeks dolar jatuh 0.3 peratus berikutan peningkatan dalam pasaran baru muncul.

Dolar jatuh dari paras tinggi yang dicapai pada awal tahun baru selepas bakal Presiden AS, Donald Trump memberikan isyarat bahawa beliau lebih cenderung kepada penurunan mata wang setelah menerima amaran bahawa dolar AS kini adalah "terlalu kuat". Indeks dolar jatuh 0.3 peratus berikutan peningkatan dalam pasaran baru muncul.

Kaunter yang mencatatkan keuntungan paling besar ialah yen, dengan 0.9 peratus lebih tinggi, dolar Kanada, diniagakan satu peratus lebih tinggi dan ruble Rusia, naik satu peratus. Para penganalisis mata wang dan ekonomi telah pun membuat spekulasi mengenai risiko berpotensi hasil daripada pengukuhan mata wang dolar AS, yang diniagakan pada paras tertinggi 14 tahun berbanding dengan sekumpulan mata wang utama lain, dan penjadualan pelantikan rasmi Trump di Washington akan mula mendorong kepada penurunan nilai dolar. Indeks dolar telah jatuh tiga peratus sejak mencapai paras tinggi 3 Jan. Pelabur mula meragui kebolehan Trump dalam menyampaikan cadangan beliau sebelum ini dan kecewa kerana Trump tidak menyentuh butiran mengenai strategi ekonomi beliau semasa sidang akhbar minggu lepas.

Bon Perbendaharaan AS kini dalam permintaan, menolak hasil nota perbendaharaan 10 tahun dengan tujuh mata asas lebih rendah kepada 2.32 peratus. Kadar hasil hampir mencecah 2.6 peratus pada pertengahan Disember manakala para pelabur meninggalkan bon berdaulat berikutan ramalan akan terdapat kenaikkan kadar faedah yang agresif oleh Rizab Persekutuan.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget