Dolar Jatuh dari Paras Tinggi 14 Tahun

Dolar diniagakan jatuh daripada paras tinggi 14 tahun berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain, apabila para pelabur mengambil keuntungan daripada kenaikan dua bulan lalu sejak kemenangan mengejut Donald Trump. Dolar AS melonjak tinggi selepas pilihan raya AS berikutan rancangan Trump untuk mengurangkan cukai, meningkatkan perbelanjaan fiskal dan merangsang pertumbuhan AS, dilihat oleh kebanyakan pihak sebagai inflasi dan berpotensi untuk menaikkan kadar hasil bon AS.

Indeks dolar jatuh berbanding sekumpulan enam mata wang utama ke paras 102.20. Euro meningkat ke paras harga $ 1.0524, sebagaimana ia berjaya pulih daripada paras rendah 14 tahun $ 1.0340 yang telah dicapai sebelum ini. Mata wang yang sama disokong oleh laporan terkini yang menunjukkan bahawa harga zon euro meningkat lebih cepat daripada yang dijangkakan. Dolar susut ke paras 116.70 berbanding yen Jepun. Beberapa peniaga telah mengambil perhatian bahawa para pengeksport Jepun berkemungkinan telah melakukan penjualan sempena Cuti Tahun Baru.

Kadar hasil bon AS susut ekoran hasil 30 tahun mencapai paras rendah empat minggu, walaupun minit mesyuarat Rizab Persekutuan pada Disember baru-baru ini menunjukkan bahawa hampir kesemua penggubal dasar beranggapan ekonomi mungkin akan berkembang pada kadar yang pantas berikutan dasar fiskal di bawah pentadbiran Trump.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget