Emas Diniagakan Stabil Menjelang Perlantikan Trump

Emas diniagakan stabil, memadamkan kerugian awal sebagaimana dolar dan kadar hasil bon AS mencatatkan keuntungan, selepas data ekonomi AS yang positif dan sokongan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen mengenai kadar faedah AS yang lebih tinggi menambah tekanan kepada emas. Spot emas meningkat 0.1 peratus kepada $1,205.14 per auns.

Niaga hadapan Emas AS ditutup 0.9 peratus lebih rendah pada paras $1,201.50. Laporan pekerjaan dan perumahan yang lebih baik berbanding ramalan telah mendorong kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur dari Fed dan juga mendorong kadar hasil bon 10 tahun untuk melonjak ke paras tertinggi sejak 3 Januari. Pengukuhan nilai mata wang dolar telah menjadikan emas lebih mahal untuk pemegang mata wang lain. Fokus para peniagan tertumpu kepada perasmian bakal Presiden AS, Donald Trump, yang berjanji untuk melaksanakan pengurangan cukai dan perbelanjaan infrastruktur dengan komen perlindungan yang meningkatkan permintaan terhadap emas sebagai 'safe-haven'.

Menurut penganalisis, ketidaktentuan harga emas ini mungkin isyarat akhir kenaikkan yang mendorong logam berharga untuk naik hampir lapan peratus daripada paras rendah pertengahan Disember ke puncak tinggi lapan minggu AS$ 1,218.64 pada Selasa. Lain-lain logam, perak jatuh 0.14 peratus pada $16.99 per auns, platinum naik 0.6 peratus pada $956 manakala palladium menokok 0.09 peratus pada $749.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget