Emas Jatuh dari Paras Tinggi Susulan Nilai Dolar yang Kembali Stabil

Emas diniagakan susut dari paras tinggi dua bulan apabila para pelabur mengambil keuntungan daripada dasar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan dolar yang diniagakan kembali stabil selepas menjunam ke paras rendah tujuh minggu pada minggu ini. Trump secara rasmi telah menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan memberitahu kepada eksekutif pembuatan AS bahawa beliau akan mengenakan cukai sempadan yang tinggi ke atas syarikat-syarikat yang mengimport produk selepas memindahkan kilang Amerika ke luar negeri.

Spot emas berakhir 0.77 peratus lebih rendah pada $1.208 per auns selepas menokok pada $ 1,219.59. Niaga hadapan emas AS jatuh 0.4 peratus kepada $1,210.8. Menurut penganalisis, pasaran emas kini sedang mendapatkan penjelasan mengenai dasar pentadbiran Trump behrubung dasar cukai dan perbelanjaan yang mungkin akan memberi kesan kepada pertumbuhan dan memberikan isyarat mengenai kadar faedah AS. SPDR Gold Trust diniagakan 0.4 peratus lebih rendah dan iShares Silver Trust jatuh 0.1 peratus. Menurut Bank Dunia, harga logam berharga diramalkan merosot tujuh peratus tahun ini disebabkan oleh permintaan pelaburan yang melemah, jangkaan dolar yang lebih kukuh, dan meningkatkan kadar faedah sebenar.

Antara logam berharga lain, perak susut 0.76 peratus kepada $17.07 per auns. Palladium naik 1.3 peratus pada $785.97 per auns selepas melonjak tinggi ke paras $796.20, paras tertinggi sejak Mei 2015. Platinum juga mencatatkan kenaikkan, mencecah paras tertinggi sejak 10 November pada $1,004.50.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget