Emas Mencecah Paras Tinggi Dua Bulan Susulan Ketidakpastian Dasar Trump

Emas diniagakan lebih tinggi pada Isnin, mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua bulan susulan ketidakpastian mengenai dasar ekonomi Presiden AS, Donald Trump telah memberikan tekanan ke atas pelabur yang beralih kepada aset 'safe-haven'. Ketidakpastian berhubung dasar Trump telah mendorong kepada kejatuhan dolar untuk diniagakan ke paras rendah 1-½ bulan berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Spot emas diniagakan 0.56 peratus lebih tinggi pada $ 1,216.33 per auns. Harga emas sebelum itu mencapai $1,219.43, paras tertinggi sejak 22 November. Niaga hadapan emas AS meningkat pada $1,215.60. Logam berharga ditutup satu peratus lebih tinggi pada minggu lepas dengan keuntungan untuk minggu keempat berturut-turut dan menjadikan ia kenaikkan mingguan terpanjang sejak Julai. Data yang diperoleh daripada Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) menunjukkan bahawa spekulator meningkatkan kedudukan mmebeli bersih mereka dalam kontrak emas COMEX untuk minggu kedua pada minggu berakhir 17 Jan.

Antara logam berharga lain, perak naik 0.93 peratus kepada $17.19 dan platinum menambah 0.77 peratus kepada $983.50. Palladium diniagakan 1.57 peratus lebih rendah pada $776.00, sebagaimana ia sebelum ini telah mencecah $795.60, paras tertinggi sejak Mei 2015.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget