Ford Memberikan Isyarat Keuntungan Tahunan yang Lebih Rendah Pada 2017

Ford Motor Co. menegaskan bahawa tahun fiskal semasa akan kurang menguntungkan dari segi kewangan berbanding tahun sebelumnya.

Ford Motor Co. menegaskan bahawa tahun fiskal semasa akan kurang menguntungkan dari segi kewangan berbanding tahun sebelumnya.

Saham syarikat itu pada awalnya meningkat sebanyak 0.5% dalam dagangan beberapa jam terakhir tetapi tidak berubah apabila ia emngakhiri sesi dagangan pada paras $12,85.

Pengeluar kenderaan AS itu mengesahkan bahawa ia telah bersedia untuk mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak $10.2 bilion pada 2016, selaras dengan petunjuk keuntungan yang dikeluarkan sebelum ini. Syarikat itu mengumumkan dividen suku pertama sebanyak $0.15 sesaham dan $ 200 juta dividen tunai tambahan. Tahun ke tahun, dividen tetap tidak berubah tetapi dividen tambahan jatuh daripada $ 0.25 sesaham yang dibayar pada tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Fields berkata kadar cukai bagi 2016 dianggarkan berjumlah 32%, meningkat daripada ramalan 28.5%. Operasi kadar cukai bagi 2017 dijangka sekitar 30%.

Manakala keuntungan dijangka bertambah baik pada tahun 2018, Ford berkata, pada tahun 2017 syarikat itu akan menghadapi cabaran kerana ia dijangkan akan memperuntukkan lebih banyak wang untuk peluang-peluang baru, termasuk kereta tanpa pemandu dan peningkatan dalam perbelanjaan lain. Minggu lepas, Ford berkata syarikat itu masih berada di landasan yang betul untuk menghasilkan kenderaan perkongsian pada tahun 2012 dan SUV elektrik.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget