Harga Minyak Naik Selepas Komen Positif Berhubung Perjanjian Pengeluaran

Harga minyak mengukuh susulan komen positif dari OPEC dan pengeksport lain bahawa pelaksanaan pemotongan pengeluaran telah berjaya setakat ini pada hujung minggu. Walau bagaimanapun, kenaikan dihadkan oleh peningkatan dalam pengeluaran AS.

Harga minyak mengukuh susulan komen positif dari OPEC dan pengeksport lain bahawa pelaksanaan pemotongan pengeluaran telah berjaya setakat ini pada hujung minggu. Walau bagaimanapun, kenaikan dihadkan oleh peningkatan dalam pengeluaran AS.

Menteri Tenaga berkata pengeluar OPEC dan bukan OPEC yang terlibat di dalam perjanjian pemotongan pengeluaran pada tahun lepas telah membuat permulaan yang kukuh untuk mengurangkan pengeluaran mereka, menyatakan bahawa 1.5 daripada hampir 1.8 juta tong sehari telah pun dikeluarkan dari pasaran.

Komen-komen yang positif, bersama-sama dengan kemerosotan nilai pada mata wang dolar AS, telah menyediakan rangsangan kepada pasaran minyak. Minyak mentah Brent diniagakan naik 6 sen dari bacaan terakhir pada paras $55.55 setong manakala niaga hadapan minyak mentah WTI AS meningkat 5 sen pada paras harga $53.27 setong.

Para penganalisis menganggarkan minyak mentah Brent akanmeningkat sehingga $56.55 setong selepas harga menembusi rintangan pada paras harga $55.43 setong.

Meskipun terdapat usaha campur tangan daripada OPEC dan pengeluar lain untuk menyokong harga minyak dengan mengimbangi semula dan permintaan, pasaran masih ditekan oleh pengeluaran minyak AS yang tinggi dan telah meningkat lebih daripada 6% sejak pertengahan 2016. Menurut Baker Hughes, syarikat tenaga AS telah meningkatkan aktiviti penggerudian AS dengan menambah bilangan pelantar tertinggi pada minggu semasa, sambil menambah 29 dan membesarkan jumlah keseluruhan kepada 551.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget