Harga Minyak stabil selepas Arab Saudi, Abu Dhabi Melaksanakan Pemotongan Pengeluaran

Harga minyak stabil kerana pasaran telah diperkukuhkan susulan tindakan Arab Saudi dan Abi Dhabi yang mula mengurangkan jumlah pengeluaran minyak mentah. Walau bagaimanapun, masih timbul keraguan sama ada semua pengeluar akan turut serta dan mengambil tindakan yang selaras dengan perjanjian pengurangan pengeluaran yang telah dipersetujui pada tahun lepas untuk menyekat keuntungan dalam pasaran.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan pada harga $ 56.85 setong, jatuh 4 sen dari bacaan penutupan sebelum ini. Sementara itu, WTI AS juga susut dua sen dan diniagakan pada harga $53.74 setong

Harga minyak meningkat susulan perlaksanaan pemotongan pengeluaran dari Arab Saudi dan Abu Dhabi, selaras dengan usaha pengeluar OPEC dan bukan OPEC untuk menamatkan krisis lebihan belakan global yang berterusan.

Pada Disember lalu, jumlah bekalan daripada pengeluar OPEC susut sedikit kepada 34,18 juta tong sehari daripada 34,38 tong sehari pada bulan sebelumnya.

Sementara pasaran itu terus diperkukuhkan oleh pemotongan pengeluaran yang dipersetujui, para peniaga mengatakan bahawa terdapat kebimbangan sama ada mereka akan komited untuk mematuhi perjanjian itu dan akan melaksanakan pengurangan pengeluaran seperti yang telah dirancang.

Tekanan menurun jangka pendek berpunca daripada petunjuk teknikal yang juga menghalang pasaran daripada meneruskan kenaikan, menurut penganalisis. Minyak mentah Brent dijangka akan mencapai sokongan pada paras $ 55,43 selepas kegagalan untuk menembusi rintangan pada paras harga $ 57,50 setong manakala minyak AS berpotensi untuk menolak ke arah sokongan yang terletak pada paras harga $ 52,16 setong itu.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget