Hyundai Motor akan Meningkatkan Pelaburan AS sebanyak 50 Peratus

Hyundai Motor Group mengumumkan hasrat untuk meningkatkan pelaburan di Amerika sehingga 50% kepada $3.1 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang. Hyundai adalah pengeluar kereta terkini untuk memberi publisiti kepada pelaburan baru di Amerika Syarikat berikutan ancaman yang dibuat oleh bakal Presiden AS, Donald Trump untuk mengenakan cukai import ke atas kenderaan.

Syarikat Korea Selatan merancang untuk menaik taraf kemudahan pengeluaran sedia ada di Amerika Syarikat dan menjalankan penyelidikan lebih mendalam untuk kereta tanpa pemandu, AI dan teknologi-teknologi lain. Firma itu juga menimbang penubuhan sebuah kilang baru di Amerika Syarikat untuk membuat model kereta yang mendapat permintaan tinggi.

Pemimpin republikan, bersedia untuk mengambila lih jawatan pada Jumaat, telah memberi amaran kepada pembuat kereta bahawa beliau akan mengenakan cukai sempadan sehingga 35% ke atas kereta yang diimport dari Mexico. Trump mensasarkan pembuat kereta asing termasuk BMW dan Toyota untuk pembuatan kereta di luar Amerika, yang kemudiannya dijual ke dalam pasaran AS.

Presiden Hyundai Group, Chung Jin-haeng menolak dakwaan bahawa langkah itu telah di ambil susulan amaran Trump. Namun, kumpulan itu berharap untuk peningkatan permintaan kereta di bawah pentadbiran Trump melalui janjinya untuk meningkatkan peluang-peluang pekerjaan.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget