Kenaikkan harga emas didorong oleh kemerosotan dolar

Harga emas melonjak di atas paras $1.200 per auns, ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh minggu manakala dolar merosot berikutan sidang akhbar bakal Presiden AS, Donald Trump dianggap samar-samar mengenai dasar ekonomi. Spot emas meningkat 0.5 peratus kepada AS$1,197.64 per auns, selepas mencapai paras harga $1,206.98, tertinggi sejak 23 Nov.

Niaga hadapan emas AS meningkat 0.3 peratus kepada AS$1,199.80. Para penganalisis memberikan amaran bahawa kebangkitan logam berharga itu sejak pertengahan Disember mungkin akan berakhir sebagaimana mata wang dolar dijangka akan mendapatkan semula momentum sebaik sahaja Trump melaksanakan rancangan ekonomi beliau. Trump menyampaikan ucapan yang panjang walau bagaimanapun, beliau tidak menyentuh langsung mengenai pengurangan cukai dan perbelanjaan infrastruktur, menurut penganalisis. Ini mendorong dolar jatuh ke paras terendah hampir lima minggu. Emas diniagakan tujuh peratus lebih tinggi sejak mencapai paras rendah 10 ½ bulan pada 15 Dis lalu.

Spot perak menokok 0.4 peratus pada harga $16.79 per auns selepas mencapai puncak tinggi empat minggu pada harga $16.98. Platinum meningkat 0.6 peratus kepada $978.30 manakala palladium meningkat 0.5 peratus kepada $758.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget