Kenaikkan Harga Minyak Didorong oleh Pematuhan Arab Saudi Terhadap Perjanjian Pengeluaran

Harga minyak meningkat susulan laporan mengenai pemotongan pengeluaran OPEC dan rekod import minyak mentah China. Bagaimanapun, keraguan mengenai pematuhan pengeluar dengan sasaran pengeluaran terus memberi tekanan kepada pasaran.

Harga minyak meningkat susulan laporan mengenai pemotongan pengeluaran OPEC dan rekod import minyak mentah China. Bagaimanapun, keraguan mengenai pematuhan pengeluar dengan sasaran pengeluaran terus memberi tekanan kepada pasaran.

Niaga hadapan minyak mentah Brent mencatatkan peningkatan sebanyak 6 sen dari bacaan terakhir dan diniagakan pada paras harga $56.7 setong. Sementara itu, WTI AS meningkat sebanyak 8 sen dan diniagakan pada paras harga $53.09 setong.

Harga telah disokong oleh paras rekod tinggi import minyak mentah China, menurut peniaga. Pada Disember lalu, negara tersebut telah mengimport sebanyak 8.56 juta tong sehari dan ia dijangka akan terus meningkat pada tahun 2017.

Kenyataan yang dikeluarkan olehArab Saudi bahawa pengeluaran telah menurun di bawah 10 juta tong sehari juga telah mendorong kepada peningkatan harga. Angka menunjukkan bahawa pengeluaran pengeksport minyak mentah global yang terkemuka telah dikurangkan untuk lebih daripada 486, 000 tong sehari selari dengan persetujuan yang telah dicapai di bawah perjanjian pemotongan jumlah pengeluaran untuk membendung penurunan harga minyak.

Walaupun sentimen meningkat, bukti nyata mengenai pemotongan bekalan kepada pelanggan belum dilihat pada dua minggu awal Januari, meskipun OPEC dan pengeluar lain telah dijadualkan untuk bermula.

Dalam tinjauan pada Januari, EIA AS mengunjurkan harga untuk minyak mentah Brent dan WTI akan mencpaai purata $53 setong dan $52 setong, masing-masing, pada tahun ini. Pemberi pinjaman Perancis, BNP Paribas berkata arah harga akan bergantung kepada pematuhan pengeluar pada perjanjian pemotongan bekalan.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget