Kenaikkan Harga Minyak Didorong oleh Kemerosotan Dolar, Jangkaan Pemotongan Pengeluaran

Harga minyak telah disokong oleh dolar yang melemah dan jangkaan berterusan bahawa pengeluar OPEC dan bukan OPEC akan memenuhi komitmen mereka untuk perjanjian untuk mengurangkan lebihan bekalan global.

Harga minyak telah disokong oleh dolar yang melemah dan jangkaan berterusan bahawa pengeluar OPEC dan bukan OPEC akan memenuhi komitmen mereka untuk perjanjian untuk mengurangkan lebihan bekalan global.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan naik 19 sen dari bacaan penutupan terakhir pada paras $ harga 55.64 setong. Sementara itu, niaga hadapan minyak mentah WTI AS meningkat sebanyak 17 sen daripada penutupan terakhir pada paras harga $ 52.54 setong.

Para pedagang menyifatkan kenaikan harga minyak mentah adalah disebabkan oleh faktor kemerosotan nilai dolar AS, yang menjadikan bahan api itu lebih murah bagi mereka yang menggunakan mata wang lain untuk membeli minyak, berpotensi memacu kepada peningkatan permintaan.

Dolar AS berada dalam pemerhatian para pelabur pada minggu ini sebagaimana Donald Trump dijadualkan akan mengambil alih jawatan sebagai presiden AS secara rasmi pada Jumaat. Dolar jatuh daripada aliran menaik pada separuh kedua 2016 dan telah susut hampir 2.5% berbanding dengan sekumpulan mata wang utama lain yang setara dengannya.

Harga minyak juga mendapat sokongan yang berterusan daripada perjanjian bersejarah OPEC dalam mengurangkan jumlah pengeluaran yang telah dicapai tahun lepas, bertujuan untuk mengekang masalah lebihan bekalan minyak dalam pasaran.

Walau bagaimanapun, terdapat jangkaan yang meluas bahawa OPEC tidak akan mengikuti sepenuhnya pada perjanjian pemotongan pengeluaran itu. Namun, anggaran pematuhan kepada perjanjian sebanyak 50% sehingga 80% dianggap sudah mencukupi untuk menaikkan harga minyak dan mengekalkan harga pada paras pertengahan, iaitu $50 setong, menurut peniaga.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget