Dalam ucapannya hampir 16 minit itu, Trump menegaskan bahawa kerajaan baru akan mengutamakan rakyat AS dan meletakkan kepentingan terhadap keseluruhan pekerja dan keluarga di negara tersebut apabila membuat keputusan dalam kebanyakkan perkara seperti perdagangan, kebajikan luar negeri, dan imigrasi.
Presiden baru Amerika Syarikat turut bercakap mengenai bangsa yang terjerat dalam kemiskinan dan memberikan amaran akan menghapuskan pengganas. Beliau berkata mereka akan menghentikan segera pembunuhan beramai-ramai rakyat Amerika.
Trump menekankan kepentingan perasmian beliau, yang dikatakan menjadi milik rakyat Amerika dan orang-orang yang menyaksikan di beberapa tempat di negara ini, sambil menambah sistem pentadbirannya akan melindungi mereka dan tidak akan meninggalkan mereka.
Kira-kira ribuan orang pergi ke Washington, DC pada Jumaat untuk menyaksikan peralihan kuasa di antara hartawan perniagaan dan Barack Obama.
Sejumlah perwakilan negara-negara dari seluruh dunia mengucapkan tahniah diatas pengisytiharan Trump termasuk Pope Francis.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
Post a Comment