Turun Naik Harga Minyak akan Meningkat pada 2017

Menurut IEA, harga minyak mentah di seluruh dunia akan menunjukkan tahap turun naik yang lebih tinggi tahun ini, 2017 walaupun pasaran diramalkan akan kembaliseimbang pada separuh pertama tahun ini jika perjanjian pemotongan pengeluaran dilaksanakan dengan baik.

Menurut IEA, harga minyak mentah di seluruh dunia akan menunjukkan tahap turun naik yang lebih tinggi tahun ini, 2017 walaupun pasaran diramalkan akan kembaliseimbang pada separuh pertama tahun ini jika perjanjian pemotongan pengeluaran dilaksanakan dengan baik.

OPEC telah mencapai perjanjian bersejarah pada 30 November lalu untuk mengurangkan jumlah pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari, turun kepada 32.5 juta tong sehari bagi separuh pertama 2017, selain daripada pemotongan pengeluaran oleh pengeluar bukan OPEC.

Fatih Birol, ketua pemantau tenaga global IEA, berkata bahawa walaupun pasaran dilihat akan kembali seimbang pada separuh pertama tahun ini, beliau memberikan amaran bahawa ini juga isyarat permulaan turun naik yang lebih tinggi di dalam pasaran.

Birol menambah meskipun perjanjian OPEC berupaya meningkatkan harga minyak, perjanjian itu juga boleh menggalakkan pengeluaran yang lebih tinggi daripada Amerika Syarikat dan pengeksport lain. Harga yang lebih tinggi juga boleh memberi kesan terhadap permintaan.

Harga berakhir pada minggu terkini dengan penurunan 3% berikutan kebimbangan yang berterusan mengenai pelaksanaan pemotongan pengeluaran OPEC. Sentimen semakin tertekan oleh kebimbangan mengenai status ekonomi China. Pengguna minyak kedua terbesar di dunia mencatatkan penurunan terbesar dalam eksport mentah keseluruhan sejak tahun 2009.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget