Wall Street Jatuh Sebelum Laporan Pendapatan

Tiga indeks saham utama AS dituutp lebih rendah ekoran tindakan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat suku keempat serta maklumat dasar ekonomi bakal Presiden AS, Donald Trump. Tujuh daripada 11 sektor S&P 500 ditutup lebih rendah, kerana mengalami penurunan kewangan sebelum laporan pendapatan utama yang pertama dalam sektor itu.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) mencatatkan penurunan sebanyak 0.32 peratus pada 19.891, S&P 500 susut 0.21 peratus, kepada 2,270.44 manakala Komposit Nasdaq jatuh 0.29 peratus, kepada 5,547.49. S&P 500 turun sebanyak 0.09 peratus dalam sesi dagangan awal, manakala indeks kewangannya ditutup 0.74 peratus, kerana kadar hasil bon jangka panjang mengalami penurunan. Sektor penjagaan kesihatan berakhir 0.07 peratus lebih tinggi selepas jatuh satu peratus dalam sesi dagangan hari sebelumnya akibat daripada kenyataan Trump.

Indeks S&P 500 disokong oleh peningkatan 0.08 peratus bagi Merck dan meningkat 2.5 peratus untuk Eli Lilly berikutan kenyataan mahkamah rayuan AS bahawa ia boleh menyekat Teva Pharmaceutical Industries LTd daripada menjual ubatan generik kanser paru-paru paling laris Eli Lilly. JPMorgan Chase mencatatkan bacaan paling buruk dengan kerugian terbesar dalam indeks S & P 500 sehari sebelum laporan pendapatannya dikeluarkan, susut hampir satu peratus.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget