Wall Street Mencatatkan Penurunan Tertinggi pada 2017 Susulan Kebimbangan Mengenai Dasar Imigresen Trump

Ekuiti Amerika Syarikat(AS) diniagakan susut, menrekodkan hari terburuk mereka setakat ini pada tahun ini, manakala para pelabur bimbang bahawa dasar imigresen dibawah pentadbiran Trump adalah satu petunjuk bahawa dasar AS Presiden tidak mesra pasaran yang akhirnya telah mencetus

Ekuiti Amerika Syarikat(AS) diniagakan susut, menrekodkan hari terburuk mereka setakat ini pada tahun ini, manakala para pelabur bimbang bahawa dasar imigresen dibawah pentadbiran Trump adalah satu petunjuk bahawa dasar AS Presiden tidak mesra pasaran yang akhirnya telah mencetus kegelisahan peserta pasaran. Perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Trump telah mengharamkan imigresen daripada tujuh negara-negara Islam, susulan tindakan orang ramai yang berhimpun dan mengadakan protes pada hujung minggu di bandar-bandar AS dan lapangan terbang utama.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) jatuh 0.61 peratus pada 19,971.13, sebagaimana Caterpillar mencatatkan kerugian manakala Wal-Mart merupakan saham yang mencatatkan kenaikkan paling tinggi. S&PP 500 jatuh 0.6 peratus pada 2,280.90, dengan sektor tenaga mendahalui penurunan dalam kesemua sembilan sektor sementara sektor pengguna dan utiliti meningkat. Komposit Nasdaq jatuh 0.83 peratus dan berakhir pada 5,613.71. Sektor teknologi secara terbuka menentang pengharaman ke atas imigresen, menambah tekanan terhadap S&P 500. Indeks 2000 kecil dan sederhana Rusell jatuh 1.3 peratus.

Saham syarikat penerbangan turut mencatatkan penurunan, sebagaimana American Airlines susut 4.4 peratus manakala United Continental jatuh 3.6 peratus. Saham Delta, yang telah mengalami gangguan sistem yang berasaskan hampir 280 penerbangan antara Ahad dan Isnin, jatuh 4.1 peratus. Seorang penganalisis telah menyatakan kebimbangan mengenai larangan perjalanan ke Amerika Syarikat. Para pelabur juga memberi tumpuan kepada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan, pendapatan korporat daripada syarikat besar seperti Apple dan Facebook dan juga satu siri data ekonomi yang merangkumi laporan pekerjaan.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget