Dolar Diniagakan Lebih Tinggi Selepas Yellen Mengisyaratkan Kenaikan Kadar

Dolar meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain, sebagaimana para pelabur telah menaikkan prospek dagangan mereka pada kadar yang lebih cepat selepas Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen mengisyaratkan kenaikan kadar faedah dalam ucapannya. Indeks dolar mencecah paras tinggi tiga minggu pada 101.38, pulih daripada penurunan sebelumnya pada paras 100.90. Ia kali terakhir diniagakan 0.25 peratus lebih tinggi pada 101.21.

Ucapan Yellen telah mengukuhkan kenyataan penggubal dasar Fed pada baru-baru ini yang menjangkakan kenaikkan kadar yang lebih cepat berbanding kenaikan kadar yang sesuai sewaktu pertumbuhan ekonomi. Kadar faedah niaga hadapan AS menunjukkan bahawa para peniaga meramalkan 41 peratus kemungkinan untuk sekurang-kurangnya tiga kali kenaikan kadar pada tahun 2017, menurut program FedWatch CME Group. Penurunan nilai dolar terhadap enam mata wang utama dihadkan selepas data terkini menunjukkan harga pengeluar AS melaporkan peningkatan bulanan yang terbesar dalam tempoh empat tahun pada Januari. Ini telah menyokonh prospek inflasi domestik yang semakin menghampiri sasaran dua peratus Fed.

Dolar diniagakan lebih tinggi berbanding yen Jepun sebanyak 0.4 peratus pada paras 114.16 yen. Euro jatuh 0.2 peratus berbanding mata wang AS pada $1.0572 tengah-tengah ketidaktentuan politik dan data ekonomi serantau yang melemah.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget