Dolar Diniagakan Lemah Susulan Tindakan Peniaga yang Menilai Kenaikkan Kadar AS Seterusnya

Dolar diniagakan susut berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain, mencatatkan penurunan ketara satu hari dalam tempoh dua minggu, akibat daripada kadar hasil bon Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah dan ketidakpastian mengenai tempoh kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan akan datang. Indeks dolar diniagakan 0.7 peratus lebih rendah pada 100.49, di bawah paras tinggi satu bulan pada 101.76 yang telah dicapai pada Rabu.

Para peniaga telah menurunkan pertaruhan pada kenaikan kadar AS kerana mereka percaya bahawa Pengerusi Fed, Janet Yellen tidak menyentuh secara mendalam mengenai isu kesaksian ekonominya sama ada kenaikan kadar seterusnya akan diketahui pada mesyuarat 14-15 Mac hadapan. Para pelabur kini menunggu maklumat lanjut daripada Presiden AS, Donald Trump mengenai cadangan kemungkinan pada pengurangan cukai, perlonggaran peraturan dan perbelanjaan infrastruktur, menurut peniaga.

Mata wang dolar ditarik semula daripada paras tinggi 2 ½ minggu pada 114.95 berbanding yen Jepun, menembusi paras rendah 113.17 yen. Ia sebelum ini turun 0.9 peratus pada 113.15 yen. Euro mengukuh sebanyak 0.7 peratus pada $1.0669, melonjak daripada paras rendah lima minggu $1.052 yang dicapai pada Rabu.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget