Dolar Ditutup Sedikit Lebih Rendah Ekoran Minit Mesyuarat Fed

Dolar diniagakan lebih rendah susulan tindakan para pelabur yang menunggu minit mesyuarat Rizab Persekutuan untuk isyarat kenaikkan kadar faedah yang selanjutnya, manakala euro kekal di bawah tekanan susulan ketidaktentuan politik Eropah. Minit mesyuarat Fed mungkin akan mengukuhkan atau melemahkan kenyataan agresif baru-baru ini daripada penggubal dasar bank pusat.

Euro mencatatkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus pada $1.0547 selepas jatuh ke paras $1.0536 semalam. Mata wang yang sama ini telah terjejas berikutan kebimbangan pasaran mengenai retorik anti-Kesatuan Eropah calon presiden Perancis, Marine Le Pen sebelum pilihan raya Perancis yang dijadualkan akan berlangsung pada April hadapan. Walau bagaimanapun, mata wang euro disokong oleh laporan baru-baru ini yang menunjukkan bahawa ekonomi di zon euro meningkat lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Dolar AS susut sebanyak 0.1 peratus pada 113.56 yen, jatuh daripada paras tinggi 114.955 yen yang telah dicapai pada minggu sebelumnya, yang merupakan paras tertinggi sejak akhir Januari. Indeks dolar ditutup susut pada 101.35 selepas menyentuh puncak enam hari 101.600 dalam satu malam.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget