Dolar Memadamkan Kerugian Susulan Laporan Minit FOMC

Dolar berjaya mendapatkan kembali beberapa kedudukan selepas menjunam selama dua minggu berbanding yen Jepun. Walaupun berjaya memadamkan kerugian, dolar AS masih menuju kepada penurunan mingguan selepas minit mesyuarat Rizab Persekutuan menjejaskan momentum kenaikkan dolar.

Dolar berjaya mendapatkan kembali beberapa kedudukan selepas menjunam selama dua minggu berbanding yen Jepun. Walaupun berjaya memadamkan kerugian, dolar AS masih menuju kepada penurunan mingguan selepas minit mesyuarat Rizab Persekutuan menjejaskan momentum kenaikkan dolar.

Dolar AS diniagakan lebih tinggi sebanyak 0.1 peratus dan bertukar pada 112.73 yen, walau bagaimanapun harga dilihat masih hampir dengan paras rendah dalam tempoh dua minggu pada 112.55 yang ditembusi dalam sekelip mata. Ia kini berada di landasan yang betul untuk penurunan sebanyak 0.3 peratus pada minggu ini.

Indeks dolar jatuh 0.2 peratus kepada 100.970 dan ditutup hampir tidak berubah pada minggu.

Tekanan dari minit Fed yang telah dikeluarkan pada Rabu, telah menyebabkan nada yang lebih dovish daripada yang dijangkakan, berlegar di dalam pasaran tukaran mata wang asing dan terus memberi tekanan kepada dolar.

Satu lagi faktor yang memberikan tekanan kepada mata wang adalah komen-komen dari Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin dalam satu wawancara awam yang pertama, di mana beliau berkata bahawa mana-mana polisi yang dikenakan oleh pentadbiran Trump dilihat mempunyai kesan terhad pada tahun ini. Beliau juga berkata pembaharuan cukai mesti diluluskan sebelum kongres berehat, garis masa yang tidak memenuhi jangkaan pembaharuan serta-merta.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget