Emas Diniagakan Stabil Berikutan Para Pelabur Menanti Dasar Ekonomi Trump

Harga emas diniagakan stabil, menghampiri paras tinggi 3 ½ bulan dalam sesi dagangan awal selepas kadar faedah Amerika Syarikat (AS) diramalkan akan dinaikkan pada Mac hadapan, sebagaimana para pelabur kini sedang menanti maklumat lanjut mengenai dasar ekonomi Presiden Donald Trump.

Harga emas diniagakan stabil, menghampiri paras tinggi 3 ½ bulan dalam sesi dagangan awal selepas kadar faedah Amerika Syarikat (AS) diramalkan akan dinaikkan pada Mac hadapan, sebagaimana para pelabur kini sedang menanti maklumat lanjut mengenai dasar ekonomi Presiden Donald Trump.

Spot emas jatuh 0.1 peratus kepada AS$1,248.21 per auns. Logam berharga itu telah mencecah paras AS $1,251.14, paras tertinggi sejak 11 Nov, dalam sesi dagangan sebelum ini, yang dijangka akan mengakhiri dagangan minggu ini dengan kenaikkan sebanyak 1.1 peratus. Niaga hadapan emas AS diniagakan 0.2 peratus lebih rendah kepada $1,249.3. Indeks dolar kebanyakannya tidak berubah pada paras 101.04. Bursa The London Metal Exchange telah mencapai perjanjian 50:50 hasil perkongsian dengan syarikat yang diasaskan oleh sekumpulan bank-bank yang akan menggalakkan dalam kontrak niaga hadapan emas yang baru, menurut sumber-sumber.

Untuk lain-lain logam, perak mencatatkan kenaikkan sebanyak 0.2 peratus kepada $18.20 per auns, menghampiri ke paras tinggi 3 ½ bulan pada $18.22 yang telah dicapai dalam sesi dagangan sebelumnya. Perak dijangka akan mengakhiri sesi dagangan minggu ini dengan kenaikkan sekitar satu peratus, kenaikkan minggu ke-9 berturut-turut. Platinum diniagakan 0.1 peratus lebih tinggi kepada $1,007 per auns, dan palladium meningkat 0.2 peratus kepada $774.25.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget