Harga Minyak Meningkat Susulan Ketegangan Politik di Iran

Harga minyak diniagakan lebih tinggi pada Isnin berikutan kebimbangan bahawa sekatan baru yang dikenakan terhadap Iran oleh Amerika Syarikat (AS) akan memberi kesan ke atas pengeluaran minyak mentah. Walau bagaimanapun, kenaikkan harga telah dihadkan oleh indikasi yang lebih mendalam berhubung pertambahan aktiviti penggerudian AS.

Harga minyak diniagakan lebih tinggi pada Isnin berikutan kebimbangan bahawa sekatan baru yang dikenakan terhadap Iran oleh Amerika Syarikat (AS) akan memberi kesan ke atas pengeluaran minyak mentah. Walau bagaimanapun, kenaikkan harga telah dihadkan oleh indikasi yang lebih mendalam berhubung pertambahan aktiviti penggerudian AS.

Ketegangan politik di antara kedua-dua negara telah memuncak sejak Iran baru-baru ini mengesahkan telah menjalankan ujian peluru berpandu balistik yang menyebabkan pentadbiran Presiden AS, Donald Trump untuk mengenakan sekatan ke atas individu dan individu yang berkaitan dengan unit tentera Iran, Pengawal Revolusi.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan pada harga $56.91 setong, 10 sen lebih dari bacaan terakhir. Niaga hadapan WTI AS naik 8 sen dan diniagakan pada $53.91 setong.

Para peniaga berkata, ketegangan yang tercetus di antara Tehran dan Washington telah meningkatkan kebimbangan bahawa sekatan AS ke atas Iran akan diperketatkan dan akan memberik kesan terhadap penghantaran minyak mentah Iran, yang baru sahaja kembali ke paras normal pada 2016.

Walau bagaimanapun, rangsangan dalam harga yang diberikan oleh prospek bekalan yang lebih rendah telah dihalang oleh data yang menunjukkan pertambahan dalam aktiviti pelantar AS. Pertambahan pengeluaran AS telah mengimbangi usaha OPEC dan pengeluar-pengeluaran minyak mentah yang lain untuk membendung lebihan minyak global dengan mengambil bahagian dalam perjanjian bersejarah yang akan mengurangkan sebanyak 1.8 juta tong sehari dalam tempoh separuh pertama tahun ini dari pasaran.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget