Minyak Diniagakan Rendah Susulan Keraguan Mengenai Kadar Pematuhan OPEC

Harga minyak diniagakan susut pada Rabu susulan kebimbangan sama ada pengeluar kartel OPEC akan patuh kepada perjanjian pemotongan pengeluaran dalam usaha membendung lambakan bekalan bahan api global.

Harga minyak diniagakan susut pada Rabu susulan kebimbangan sama ada pengeluar kartel OPEC akan patuh kepada perjanjian pemotongan pengeluaran dalam usaha membendung lambakan bekalan bahan api global.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan turun 17 sen dari bacaan penutupan terakhir pada $55.80 setong, manakala niaga hadapan minyak mentah WTI AS susut 20 sen dan diniagakan pada paras $53 setong.

OPEC dan negara-negara pengeksport lain telah menandatanganiperjanjian untuk mengurangkan pengeluaran global sekitar 1.8 juta tong sehari dalam tempoh separuh pertama tahun ini.

Kadar pematuhan dianggarkan sebanyak 92.8% oleh kumpulan pengeluar dalam pemotongan jumlah pengeluaran, BMI Research menyatakan bahawa pengeluaran menurun 1.08 juta tong sehari selepas mencapai persetujuan.

Walau bagaimanapun, ia memberikan amaran bahawa kadar pematuhan jauh lebih rendah di Iran iaitu sebanyak 40% yang berkemungkinan akan menjejaskan keberkesanan keseluruhan kumpulan. Iran adalah pengeluar OPEC kedua terbesar dan kadar pematuhan yang rendah menunjukkan bahawa ahli-ahli lain akan diperlukan untuk mengatasi sasaran yang ditetapkan mereka dalam usaha untuk mencapai sasaran yang dikehendaki.

Secara umumnya, para penganalisis berkata pasaran minyak akan terus mempunyai lebihan bekalan walaupun pemotongan pengeluaran dibuat disebabkan oleh kenaikan dalam pengeluaran minyak AS, yang dilaporkan telah meningkat sebanyak 6.5% sejak pertengahan 2016 kepada 8.980 juta tong sehari.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget