Minyak Mentah Melonjak Tinggi Berikutan Penurunan dalam Laporan Inventori

Niaga hadapan minyak meningkat hampir satu peratus selepas data menunjukkan penurunan yang tidak dijangka dalam stok minyak mentah Amerika Syarikat (AS) ekoran kemerosotan import, mengukuhkan pandangan bahawa lebihan global yang berterusan semakin hampir ke penghujungnya.

Niaga hadapan minyak meningkat hampir satu peratus selepas data menunjukkan penurunan yang tidak dijangka dalam stok minyak mentah Amerika Syarikat (AS) ekoran kemerosotan import, mengukuhkan pandangan bahawa lebihan global yang berterusan semakin hampir ke penghujungnya.

WTI AS mencatatkan peningkatan sebanyak 50 sen atau 0.9% dan diniagakan pada $ harga 54.09 setong. Sementara itu, minyak mentah Brent meningkat 51 sen atau 0.9% pada harga $56.35 setong. Meskipun mencatatkan kenaikkan, kedua-dua penanda aras kontrak meningkat dalam julat yang ketat dilihat dalam beberapa minggu lepas.

Stok simpanan minyak mentah susut sebanyak 884,000 tong pada minggu semasa kepada 512.7 juta, bertentangan dengan ramalan yang mengunjurkan peningkatan sebanyak 3.5 juta tong dalam inventori, data API menunjukkan.

Data yang positif pada bekalan telah menaikkan sentimen dimana OPEC mengulas bahawa perjanjian untuk pengeluaran yang lebih rendah telah mempamerkan tahap pematuhan.

Walau bagaimanapun, para penganalisis berkata pasaran perlu melihat bukti nyata bahawa kejatuhan dalam inventori OPEC untuk memastikan harga menembusi dari pergerakan jajaran kecil mereka.

Sumber-sumber OPEC dilaporkan menyatakan bahawa sebelas pengeluar bukan OPEC yang mengambil bahagian dalam perjanjian itu telah berjaya mencapai kira-kira 60% perjanjian pemotongan pengeluaran setakat ini, kadar pematuhan yang lebih tinggi daripada yang diramal pada awalnya.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget