Pasaran Asia Diniagakan Lebih Rendah Selepas Minit Mesyaurat Fed Dikeluarkan

Pasaran Asia kebanyakannya diniagakan lebih rendah, selepas ditutup bercampur-campur dalam ekuiti Amerika Syarikat (AS) berikutan pengumuman mengenai minit mesyuarat Rizab Persekutuan, sebagaimana saham Qantas meningkat selepas mengumumkan separuh pertama daripada pendapatannya.

Pasaran Asia kebanyakannya diniagakan lebih rendah, selepas ditutup bercampur-campur dalam ekuiti Amerika Syarikat (AS) berikutan pengumuman mengenai minit mesyuarat Rizab Persekutuan, sebagaimana saham Qantas meningkat selepas mengumumkan separuh pertama daripada pendapatannya.

Indeks Nikkei 225 Jepun ditutup hampir tidak berubah pada 19,371.46 manakala Kospi Korea Selatan sedikit meningkat kepada 2,107.63. Saham Nissan jatuh 0.58 peratus. Syarikat itu mengumumkan bahawa ia tekah melantik Ketua Pegawai Eksekutif, Hiroto Saikawa untuk menjadi ketua pegawai eksekutif yang baharu pada 1 April. Komposit Shanghai China mencatatkan penurunan sebanyak 0.31 peratus pada 3,251.08 manakala komposit Shenzhen ditutup hampir tidak berubah pada 1,991.98. Indeks Hang Seng Hong Kong mencatatkan 0.38 peratus lebih rendah dalam dagangan tengah hari.

ASX 200 Australia jatuh 0.35 peratus kepada 5,784.66, dengan keuntungan dalam kebanyakan sektor itu telah diimbangi oleh penurunan sebanyak dua peratus dalam sektor bahan dan penurunan 2.03 peratus dalam sektor utiliti. Pelombong utama di Australia, sebagaimana Rio Tinto jatuh 5.45 peratus, BHP Billiton susut 2.67 peratus dan Fortescue kehilangan 2.58 peratus. Saham Qantas menokok 5.35 peratus selepas mencatatkan keuntungan setengah tahun pertama yang susut 7.5 peratus kepada 852 juta bagi tempoh enam bulan yang berakhir pada 31 Disember, 2016. Walau bagaimanapun, keputusan kekal di atas julat panduan/prospek yang diberikan pada Oktober.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget