Saham Asia Melonjak Selepas Pasaran AS Ditutup Sempena Cuti Umum

Saham Asia diniagakan lebih tinggi sebagaimana para pelabur menunggu pembukaan semula pasaran Amerika Syarikat (AS) berikutan hari cuti presiden. Emas diniagakan jatuh manakala minyak mentah meningkat kepada $54 setong.

Saham Asia diniagakan lebih tinggi sebagaimana para pelabur menunggu pembukaan semula pasaran Amerika Syarikat (AS) berikutan hari cuti presiden. Emas diniagakan jatuh manakala minyak mentah meningkat kepada $54 setong.

Ekuiti global menghampiri rekod tinggi selepas pilihan raya Trump yang mendorong keyakinan dalam pengembangan ekonomi di tengah-tengah tanda-tanda peningkatan pada inflasi. Indeks Topix Jepun, yang bertakuk tinggi pada awal 2017, diniagakan dalam julat sekitar tiga mata peratusan dalam tempoh 49 hari yang lalu, paling kecil sejak 1988. Topix meningkat 0.6 peratus, sekali gus meneruskan keuntungan untuk hari kedua. Indeks Kospi Korea Selatan melonjak sebanyak 0.9 peratus ke paras tertinggi sejak Julai 2015.

Indeks Komposit Shanghai China mencatatkan peningkatan sebanyak 0.4 peratus. Hang Seng Hong Kong pula turun 0.8 peratus dan Indeks Enterprise Hang Seng China susut 0.4 peratus.

Emas susut 0.4 peratus kepada $1,233.66 per ounce. Logam berharga ini diniagakan turun naik antara keuntungan dan kerugian dalam empat sesi dagangan yang lalu. Minyak mencatatkan 0.8 peratus lebih tinggi kepada $53.83 setong, melonjak untuk hari ketiga berturut-turut.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget