Wall Street Diniagakan Mendatar Susulan Kejatuhan S&P 500

Saham-saham Amerika Syarikat (AS) diniagakan tidak menentu sebelum ditutup sedikit berubah berikutan keputusan Rizab Persekutuan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah manakala laporan menunjukkan bahawa syarikat-syarikat telah menggajikan lebih ramai pekerja pada Januari sejak Jun. S&P 500 turun naik antara wilayah positif dan negatif, disokong oleh kenaikan dalam saham Apple.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) meningkat 0.1 peratus kepada 19,884.38, S&P 500 susut 0.04 peratus kepada 2,277.85 manakala Komposit Nasdaq menokok 0.44 peratus kepada 5,639.40. Saham Apple melonjak 7.4 peratus kepada $130.31 selepas mencecah paras $130.35, paling tinggi dalam tempoh 18 bulan. Kenaikkan tersebut telah menyokong tiga indeks utama, yang boleh bertukar negatif jika saham Apple tidak merekodkan kenaikkan. Saham tenaga dan saham utiliti masing-masing menambah tekanan ke atas pasaran selepas S&P 500 menutup penurunan paling lama tanpa kenaikkan sejak minggu sebelum pilihan raya presiden Amerika Syarikat, mengurangkan keuntungan bulanan ketiga.

Saham utiliti jatuh 1.7 peratus manakala saham tenaga turun 0.8 peratus meskipun minyak meningkat sebanyak 1.3 peratus. Saham teknologi dan penjagaan kesihatan mendahului pasaran ke paras yang lebih tinggi dengan dagangan meningkat 0.6 peratus. Saham Facebook Inc. meningkat 2.2 peratus menjelang laporan pendapatannya sebelum menambah kepada keuntungan dalam perdagangan bursa.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget