Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) susut 0.03 peratus dan berakhir pada 19,884.91, sebagaimana Caterpillar mencatatkan kerugian manakala Merck merupakan saham dengan keuntungan paling banyak. S&P 500 naik 0.06 peratus pada 2,280.85, dengan sektor hartanah telah mendorong kenaikkan pada enam sektor lain sementara sektor telekomunikasi mengalami kerugian. Komposit Nasdaq susut 0.11 peratus kepada 5,636.20.
Saham Facebook turun 1.7 peratus kepada $130.96 selepas merekodkan kecemerlangan apabila harga mencecah rekod paras tertinggi pada $135.49, walaupun keputusan positif melebihi pendapatan dan ramalan pendapatan. Saham Macy meningkat 5.2 peratus kepada $30.73.Ssaham mencapai puncak $31.06 dan jumlah dagangan yang lebih tinggi daripada purata sepuluh hari terakhir. Saham Mead Johnson Nutrition melonjak 22.3 peratus berikutan kenyataan Reckitt Benckiser bahawa ia juga sudah memulakan rundingan untuk membeli syarikat dengan kos berjumlah $16.7 bilion.
Laporan yang dikeluarakn oleh kumpulan syarikat, termasuk Amazon.com, Amgen dan Visa, dijangka akan menarik perhatian pelabur selepas pasaran ditutup.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
Post a Comment