Dolar Diniagakan Lebih Tinggi Berikutan Kenyataan Mengenai Kadar Kenaikan

Dolar melonjak semula daripada paras rendah beberapa bulan berikutan janji-janji mengenai kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada tahun ini. Penurunan harga bijih besi telah membantu melemahkan mata wang berisiko tinggi termasuk dolar Kanada dan Australia, manakala tumpuan juga beralih kerana Gabenor Bank of Kanada, Stephen Poloz.

Dolar Amerika Syarikat (AS) diniagakan lebih tinggi daripada paras terendah 4 bulan sebagaimana Naib Pengerusi Fed, Stanley Fischer mengeluarkan kenyataan mengenai kenaikan kadar faedah yang seterusnya. Kenaikkan ini tidak dilanjutkan pada mata wang pound kerana kerajaan British telah menghantar surat kepada Brussels secara rasmi untuk memulakan proses penggunduran U.K. dari Kesatuan Eropah (EU). Ia berlaku sehari selepas Parlimen Scotland mengundi untuk referendum kemerdekaan kedua yang akan membahagikan UK. Ketidaktentuan politik berhubung pengeluaran Britain dari EU memberi kesan kepada mata wang Eropah.

Dolar stabil berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain sekitar paras 99.685. Sterling jatuh 0.3 peratus kepada $1.2414 selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May menghantar surat kepada EU tentang niat Britain untuk meninggalkan blok. Euro susut ke paras $1.0820 dan dolar melantun ke paras 111.24 yen.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget