Dolar Diniagakan Sedikit Tinggi Berikutan Euro Jatuh dari Paras Tinggi 1 Bulan

Dolar diniagakan sedikit lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang sebagaimana kadar hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mencatatkan peningkatan menjelang kenaikan kadar faedah yang ditunggu-tunggu oleh Rizab Persekutuan. Para pelabur kini memberi tumpuan terhadap kenyataan Fed yang akan dikeluarkan selepas mesyuarat dua hari yang bermula pada Selasa.

forextrg

Euro jatuh dari paras tinggi beberapa minggu selepas ucapan 'dovish' daripada pegawai-pegawai Bank Pusat Eropah telah memadamkan kenaikkan pada baru-baru ini. Mata wang biasa susut 0.1 peratus pada $1.0647. Kenaikan euro pada Isnin telah susut selepas Ahli Majlis Pentadbiran ECB, Jan Smets berkata mesyuarat dasar minggu sebelumnya bukan petunjuk untuk perubahan dasar yang akan datang. Gabenor Bank Perancis, Francois Villeroy de Galhau juga menyatakan bahawa inflasi yang semakin meningkat di zon euro juga telah meningkat.

Dolar AS diniagakan 0.1 peratus lebih tinggi pada 114.950 yen, setelah mencecah pada paras 115.510 pada Jumaat, paras tertinggi sejak 19 Januari. Indeks dolar berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain diniagakan 0.1 peratus lebih tinggi pada 101.440, menambah kepada keuntungan sederhana yang dicatatkan pada Isnin. Hasil perbendaharaan 10 tahun AS berada pada 2.620 peratus.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget