Dolar Diniagakan Susut Menghampiri Paras Rendah Dua Bulan

Dolar diniagakan susut menghampiri ke paras rendah dua bulan berbanding dengan sekumpulan mata wang utama yang lain ekoran kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemungkinan rangsangan fiskal Amerika Syarikat (AS) berikutan pelan penjagaan kesihatan Presiden Donald Trump telah ditolak kongres. Indeks dolar berbanding sekumpulan mata wang setara jatuh 0.3 peratus pada 99.299 selepas mencecah paras rendah 99.292, paling rendah sejak 2 Februari.

Kegagalan Trump untuk merombak sistem penjagaan kesihatan AS menandakan bahawa Presiden AS itu akan berdepan dengan cabaran politik yang paling hebat dalam menghadapi Kongres yang dikawal oleh partinya sendiri. Kegagalan tersebut telah meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan langkah-langkah peningkatan ekonomi yang sedang dilaksanakan, seperti pembaharuan cukai dan pakej perbelanjaan besar.

Dolar jatuh sebanyak 0.8 peratus pada ¥110.470, selepas mencecah 110.420, paras terendah sejak 22 November. Euro meningkat 0.45 peratus pada $1.0847 selepas naik ke paras $1.0849, paras tertinggi sejak awal Disember. Pound menokok 1.1 peratus pada $1.2515.

Menurut peniaga, pasaran telah berpecah susulan kegagalan agenda penjagaan kesihatan Trump yang membawa maksud untuk tinjauan pemotongan cukai Amerika Syarikat dan perbelanjaan infrastruktur.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget