Dolar Meningkat, Menuju Keuntungan Mingguan

Dolar meningkat dalam perdagangan Asia pada Jumaat, meninggalkannya di landasan yang betul untuk keuntungan mingguan selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif yang menunjukkan penurunan inflasi di zon euro.

Dolar meningkat dalam perdagangan Asia pada Jumaat, meninggalkannya di landasan yang betul untuk keuntungan mingguan selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif yang menunjukkan penurunan inflasi di zon euro.

Indeks dolar diniagakan 0.1 peratus lebih tinggi pada 100.50, naik 0.9 peratus untuk minggu ini dan mengahmpiri paras puncak dua minggu pada 100.60 yang telah dicapai semalam. Mata wang AS ditetapkan untuk mengakhiri suku tahunan dengan penurunan sebanyak 1.7 peratus.


Dolar AS melanjutkan kenaikkan semalam susulan tanda-tanda pertumbuhan ekonomi AS yang teguh manakala euro diniagakan sedikit lebih tinggi selepas merosot semalam susulan data yang menunjukkan pertumbuhan perlahan dalam blok Eropah. Data terkini menunjukkan pertumbuhan tahunan dalam produk domestik kasar AS bagi suku keempat dalam semakan semula berbanding bacaan awal. Data yang kuat membantu meningkatkan dolar.

Euro menokok 0.1 peratus pada hari ini pada $1.068 dalam usaha untuk mengimbangi kerugian 0.8 peratus pada hari sebelumnya. Mata wang bersama Eropah berada di landasan untuk keuntungan sebanyak satu peratus untuk bulanan dan 1.5 peratus bagi suku tahunan.

Dolar melonjak 0.2 peratus berbanding yen Jepun kepada 112.125 yen berikutan kenaikan 0.8 peratus pada hari sebelumnya, namun ia kekal di landasan yang betul untuk empat peratus kerugian suku tahun.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini.👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget