Harga emas diniagakan lebih tinggi: Kenaikan kadar faedah Fed telah melemahkan dollar

Harga emas diniagakan lebih tinggi dan mengukuh berhampiran pada paras tinggi dua minggu yang telah dicapai dalam sesi dagangan sebelum ini, susulan kemerosotan dolar. Presiden Rizab Persekutuan Chicago, Charles Evans baru-baru ini berkata bahawa bank pusat Amerika Syarikat (AS) tidak akan menaikkan kadar faedah dalam tempoh yang terdekat ini.

Spot emas meningkat 0.1 peratus kepada AS$ 1.234.40 per auns. Niaga hadapan emas AS sebahagian besarnya ditutup mendatar pada $1,234.60. Indeks dolar jatuh 0.2 peratus pada 100.190. Fed cenderung untuk menunggu sekurang-kurangnya sehingga mesyuarat dasar pada Jun untuk membuat keputusan sama ada ia akan meningkatkan kadar faedah atau tidak. Ini memberikan masa yang cukup untuk mencerna data ekonomi dan pasaran kewangan bersama-sama dengan kejelasan mengenai rancangan dasar fiskal di bawah pentadbiran Trump, menurut Evans.

Holdings SPDR Gold Trust susut 0.46 peratus kepada 830.25 tan pada Isnin bebrbanding 834.10 tan pada Jumaat. Bank pusat Rusia, yang mensasarkan untuk mempelbagaikan rizab rasmi negara, melaporkan kenaikan dalam rizab emas pada Februari, kenaikkan untuk bulan kedua berturut-turut.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget