Harga Emas Stabil Menjelang Mesyuarat Fed

Harga emas diniagakan stabil sebagaimana para pelabur menunggu mesyuarat Rizab Persekutuan yang berlangsung selama dua hari mulai Selasa di mana bank pusat Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan besar akan menaikkan kadar faedah. Holdings SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar di dunia, diniagakan 0.83 peratus lebih tinggi pada Isnin.

Spot emas susut 0.1 peratus kepada $1,202.36 per auns. Niaga hadapan emas AS ditutup 0.1 peratus lebih rendah pada $1,202 per auns. Penggubal dasar Fed akan berhimpun pada Selasa untuk menghadiri mesyuarat dua hari yang dijangka akan menentukan sama ada bank pusat akan menaikkan kadar faedah untuk kali kedua dalam tempoh tiga bulan atau sebaliknya. Para pelabur juga memberi tumpuan kepada pilihan raya Belanda yang dijadualkan akan berlangsung pada Rabu. Menurut peniaga, logam berharga perlu menutup di atas paras $1,209, 'moving-average' 55 hari, untuk membolehkan harga membuat lebih banyak kenaikkan.

Bagi logam berharga yang lain, perak diniagakan jatuh 0.6 peratus kepada $ 16.92 per auns. Platinum susut 0.5 peratus kepada $937.25 per auns manakala palladium meningkat 0.95 peratus kepada $750.75 per auns.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget