Harga Emas Stabil Menjelang Pengumuman Fed

Harga emas diniagakan stabil pada Rabu menjelang tamatnya mesyuarat Rizab Persekutuan yang berlangsung selama dua hari, dengan kemungkinan bahawa bank pusat Amerika Syarikat (AS) akan menaikkan kadar faedah. Kenaikan kadar faedah AS oleh Fed dilihat telah mendapat kata putus, para pelabur kini mengalihkan fokus mereka terhadap kenyataan yang akan dikeluarkan oleh bank pusat.

Spot emas meningkat 0.1 peratus kepada $1,199.34 per auns. Niaga hadapan emas AS ditutup 0.3 peratus lebih rendah pada $1,199 per auns. Para pelabur juga mengalihkan tumpuan mereka kepada pilihan raya Belanda yang dijadualkan berlangsung pada Rabu, yang telah merangsang permintaan 'safe-haven' logam berharga. Holdings SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar di dunia meningkat sebanyak 0.36 peratus kepada 834.99 tan pada Selasa dari Isnin.

Syarikat pelaburan emas dan perak 'peer-to-peer' British, BullionVault kini menawarkan kepada para pelanggannya dengan kemudahan untuk membeli, menjual dan menyimpan bar fizikal platinum yang mempunyai berat antara satu kilogram dan enam kilogram dalam denominasi dolar, euro dan sterling.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget