Kenaikkan Saham AS Didorong oleh Pengukuhan Laporan Pengguna

Wall Street ditutup lebih tinggi, memadamkan penurunan lapan hari berturut-turut, dengan saham tenaga dan kewangan melambung tinggi sebagaimana data terkini menunjukkan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) telah melonjak melebihi paras tinggi 16 tahun. S&P 500 menunjukkan prestasi hari terbaik dalam tempoh hampir dua minggu selepas rekod penutupan tertinggi untuk saham dalam selepas pilihan raya Presiden Donald Trump.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) naik 0.73 peratus untuk diututp pada 20,701.50, sebagaimana saham Apple mencatatkan keuntungan manakala Johnson&Johnson terjejas teruk. S&P 500 meningkat 0.73 peratus pada 2,358.57, dengan saham kewangan mendorong kenaikkan untuk kesemua 11 sektor. Komposit Nasdaq menokok 0.60 peratus pada 5,875.14.

Sektor kewangan mencatatkan kenaikkan sebanyak 1.4 peratus, sebagaimana Bank of America dan JPMorgan kedua-dua membantu mengukuhkan S&P 500. Saham Tenaga naik 1.3 peratus, disokong oleh harga minyak yang lebih tinggi. Dow Jones Transport Average, yang diiktiraf oleh sesetengah pihak sebagai satu barometer ekonomi, menambah 1.8 peratus bagi hari kedua terbaik bagi tahun 2017. Saham Apple melonjak 2.1 peratus dan memberi rangsangan terbesar kepada S&P dan Nasdaq, mencecah paras tinggi sepanjang masa.

Antara saham lain yang aktif di dalam berita korporat, Tesla meningkat 2.7 peratus selepas mengumumkan bahawa Tencent Holdings telah membeli lima peratus pegangan dalam syarikat itu dengan nilai $1.78 bilion. General Motors menokok 2.4 peratus selepas pelabur Greenlight Capital , David Einhorn menasihatkan pembuat untuk membahagikan stok kepada dua kelas.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget