Saham AS Jatuh Selepas Mencecah Rekod Tinggi

Saham-saham Amerika Syarikat (AS) diniagakan susut pada Khamis ekoran penurunan dalam saham kewangan, manakala Snap menunjukkan prestasi IPO yang kukuh.

Saham-saham Amerika Syarikat (AS) diniagakan susut pada Khamis ekoran penurunan dalam saham kewangan, manakala Snap menunjukkan prestasi IPO yang kukuh.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) diniagakan 21,002.97, turun 0.53%. Indeks itu melepasi paras 21,000 selepas Donald Trump menyertai sesi bersama penggubal undang-undang buat kali pertama sebagai Presiden Amerika Syarikat. Komposit Nasdaq berakhir pada paras 5,861.22, turun 0.73%. S&P 500 diniagakan pada 2,381.92, turun 0.59%.

Saham Snap Inc. meningkat ke paras $24.48 pada sesi dagangan pertama, melonjak 44%. Ia dibuka pada harga $24 sesaham, lebih tinggi daripada harga saham awal sebanyak $17. Syarikat Snapchat telah diawamkan selepas indeks utama mencatatkan prestasi terbaik.

Data menunjukkan bursa Amerika menjalankan perdagangan bernilai 7.4 bilion saham berbanding 6.9 bilion purata harian yang dicatatkan untuk 20 sesi dagangan.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget