Saham-saham AS mencecah paras tinggi sepanjang masa, Dow melonjak kepada 21,000

Saham-saham Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tinggi sepanjang masa, manakala Dow Jones melonjak melepasi paras 21,000 pada Rabu selepas ucapan sulung Presiden Donald Trump dalam sesi bersama Kongres.

Saham-saham Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tinggi sepanjang masa, manakala Dow Jones melonjak melepasi paras 21,000 pada Rabu selepas ucapan sulung Presiden Donald Trump dalam sesi bersama Kongres.

Trump berikrar untuk mengukuhkan ekonomi dengan mengasingkan $1 trilion bagi perbelanjaan infrastruktur dan mengurangkan cukai. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dasar-dasar beliau untuk merombak sistem cukai negara dan untuk melonggarkan peraturan-peraturan yang sedia ada.

Beliau berkata rombakan menyeluruh imigresen adalah berpotensi selagi penggubal undang-undang bersedia untuk berkrompromi dan membenarkan pendatang yang memberikan manfaat, bukan pada pendatang yang berkemahiran rendah.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) berakhir pada 21,115.15, naik 1.46%. Komposit Nasdaq diniagakan pada 5,904.03, menokok 1.35%. S&P 500 diniagakan pada paras 2,395.96, naik 1.37%. Sekitar 8.1 bilion saham telah diniagakan di bursa AS, terbanyak pada tahun ini.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget