Wall Street Ditutup Mendatar Berikutan Fokus Terhadap Keputusan Fed

Saham-saham Amerika Syarikat (AS) ditutup sedikit berubah, sebagaimana perhatian para pedagang tertumpu kepada mesyuarat Rizab Persekutuan yang akan memutusakan sama ada kadar faedah AS akan dinaikkan pada minggu ini atau sebaliknya. S&P 500 ditutup hampir satu mata lebih tinggi pada hari ketiga kenaikkan berturut-turut.

Saham-saham Amerika Syarikat (AS) ditutup sedikit berubah, sebagaimana perhatian para pedagang tertumpu kepada mesyuarat Rizab Persekutuan yang akan memutusakan sama ada kadar faedah AS akan dinaikkan pada minggu ini atau sebaliknya. S&P 500 ditutup hampir satu mata lebih tinggi pada hari ketiga kenaikkan berturut-turut.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) mencatatkan penurunan sebanyak 0.10 peratus pada 20,881.48. IMB ketinggalan dibelakang sementara Disney mendapat keuntungan tertinggi. S&P 500 meningkat sebanyak 0.04 peratus pada 2,373.47. Saham bahan-bahan mendahului lapan sektor yang lain manakala saham penjagaan kesihatan mencatatkan penurunan terbesar. Komposit Nasdaq naik 0.24 peratus pada 5,875.78.


Saham Intel menyumbang kepada penurunan Dow. Pengeluar cip susut sekitar 2.1 peratus berikutan pengumuman bahawa ia akan membeli syarikat teknologi tanpa pemandu, Israel Mobileye dengan kos yang dianggarkan berjumlah $15.3 bilion. Saham Mobileye melonjak 28.2 peratus. Nasdaq didorong oleh kenaikkan dalam saham Facebook, NVIDIA dan Sirius XM Holdings. Saham Wynn Resorts menambah 4.8 peratus kepada $104.30 selepas Morgan Stanley menetapkan semula penarafan "beli" dan berkata syarikat itu mungkin memperoleh bahagian pasaran yang ketara di Macau.

Saham tenaga kebanyakannya diniagakan kukuh tanpa mengira kerugian lanjutan dalam harga minyak. Sektor kewangan memotong kenaikkan awalnya untuk ditutup 0.05 peratus lebih tinggi.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget