Arab Saudi Arah Lanjutkan Pemotongan Pengeluaran untuk Tempoh Enam Bulan Lagi

Arab Saudi telah menyatakan keinginannya kepada Ketua Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk melanjutkan perjanjian kartel pengeluar untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah selama enam bulan yang akan datang apabila mereka mengadakan pertemuan pada Mei, menurut sumber.

Arab Saudi telah menyatakan keinginannya kepada Ketua Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk melanjutkan perjanjian kartel pengeluar untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah selama enam bulan yang akan datang apabila mereka mengadakan pertemuan pada Mei, menurut sumber.

Kesediaan Arab Saudi untuk mengambil bahagian dalam usaha OPEC untuk mengimbangi semula pasaran adalah penting bagi organisasi untuk memperbaharui perjanjian pada mesyuarat yang akan datang yang dijadualkan akan berlangsung pada 25 Mei di Vienna. Tahun lalu, OPEC telah mengurangkan mengeluarkan kira-kira 1.2 juta tong sehari daripada keluaran mereka dalam usaha untuk menyerap lebihan bekalan di pasaran dan pengeluaran pada tahap yang selaras dengan permintaan dan mendorong kenaikkan dalam harga minyak mentah.


Perjanjian tersebut telah berjaya menaikkan harga minyak mentah oleh sekitar 20 peratus selepas ia ditandatangani pada 30 November lalu. Pengeluar lain termasuk Rusia yang juga bukan ahli kartel turut bergabung untuk mengurangkan jumlah pengeluaran global sebanyak 558,000 tong sehari.

Walau bagaimanapun, kenaikan dalam harga minyak telah berhenti sekitar $56 setong, berikutan penurunan tersebut tidak mencapai jumlah yang dijangkakan, menurut pegawai-pegawai OPEC. Penurunan yang lebih perlahan daripada yang dijangkakan dalam stok simpanan mentah adalah disebabkan oleh pengeluar minyak AS yang mengambil kesempatan sewaktu kenaikan harga dengan meningkatkan pengeluaran.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget