Bon Kerajaan AS Mengukuh Ekoran Ketidakpastian Politik

Trajektori menaik harga Perbendaharaan dihentikan manakala kadar hasil melanjutkan penurunan ekoran ketidaktentuan politik yang telah menyebabkan pelabur tertumpu ke pasaran bon kerajaan Amerika Syarikat (AS) sekali lagi.

Trajektori menaik harga Perbendaharaan dihentikan manakala kadar hasil melanjutkan penurunan ekoran ketidaktentuan politik yang telah menyebabkan pelabur tertumpu ke pasaran bon kerajaan Amerika Syarikat (AS) sekali lagi.

Kadar hasil Perbendaharaan 10 tahun berakhir pada 2.177 peratus, paras terendah sejak 10 November, berikutan pilihan raya AS lalu. Ia mencecah 2.6 peratus pada pertengahan Mac. Penanda aras kadar hasil terkini pasaran turun daripada 2.248 peratus pada Isnin. Minggu lalu, ia jatuh sebanyak 0.138 mata peratus, penurunan mingguan terbesar sejak Jun 2016.


Kadar hasil telah mencatatkan penurunan sejak beberapa bulan yang lepas susulan risiko geopolitik di Korea Utara dan Syria dan ketidaktentuan pilihan raya Perancis. Pusingan pertama pilihan raya presiden Perancis akan diadakan pada Ahad, di mana dua calon dengan undian terbanyak layak untuk ke pusingan kedua pada 7 Mei. Perlumbaan sengit di antara empat calon telah menyebabkan pelabur berduyun-duyun membeli bon yang lebih selamat.

Keyakinan melesap bahawa pentadbiran Trump boleh melepasi langkah rancangan fiskal yang dijangka akan melonjakkan pertumbuhan dan inflasi turut mendorong permintaan bagi bon.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget