Dolar Diniagakan Susut dari Paras Tinggi 3 Minggu Selepas Minit Mesyuarat Fed

Dolar diniagakan jatuh dari paras tinggi tiga minggu, susulan minit mesyuarat Rizab Persekutuan menyatakan pandangan tidak berubah untuk kadar faedah. Pasaran sedikit terkejut dengan komen Fed yang memberitahu bahawa tindakan mengurangkan kunci kira-kira pada tahun 2017 adalah wajar. Para penganalisis berkata bahawa komen tersebut dilihat sebagai satu kekurangan bagi dolar AS.

Berbanding dengan sekumpulan mata wang utama yang lain, dolar diniagakan susut 0.15 peratus pada paras 100.410. Dolar AS mendapat sokongan awal daripada data yang mendedahkan bahawa majikan sektor swasta AS mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berbanding ramalan awal pada bulan Mac, menunjukkan bahawa pasaran buruh yang secara umumnya stabil. Sebelum data dikeluarkan, pasaran dikejutkan dengan ketegangan politik dari mesyuarat yang akan datang di antara Presiden AS, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping.

Kadar hasil perbendaharaan 10 tahun telah turun sebanyak 2.33 peratus, memberi amaran halangan pada carta signifikan 2.30 peratus. Kejatuhan hasil telah menjejaskan nilai dolar berbanding yen Jepun, di mana ia berakhir pada 110.42 yen dan juga menghampiri sokongan carta di zon 110.11/27. Euro diniagakan stabil pada $1.0681.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget