Dolar Pulih daripada Paras Rendah Semasa Susulan Tumpuan Pasaran Terhadap Pilihan Raya Perancis

Dolar pulih seketika semasa perdagangan Asia pada Khamis, di niagakan di atas paras rendah yang ducapai awal minggu ini sementara para pelabur menunggu pusingan pertama pilihan raya presiden Perancis.

Dolar pulih seketika semasa perdagangan Asia pada Khamis, di niagakan di atas paras rendah yang ducapai awal minggu ini sementara para pelabur menunggu pusingan pertama pilihan raya presiden Perancis.

Indeks dolar, yang mengukur nilai berbanding dengan sekumpulan mata wang, diniagakan sedikit lebih tinggi sebanyak 0.1 peratus kepada 99.781, melonjak naik daripada paras rendah tiga minggu 99.465 yang dicapai pada Selasa. Dolar Amerika Syarikat (AS) meningkat pada hari ini ke paras 108.84 yen, ditarik daripada paras terendah lima bulan pada Isnin.


Euro tidak banyak berubah pada hari ini dan diniagakan pada paras $1,07140. Berjuta-juta pengundi Perancis belum membuat keputusan, yang menjadikan ia pilihan raya dengan ramalan paling sedikit di negara ini dalam tempoh beberapa dekad, di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat hasil kejutan berpotensi yang menyebarkan kebimbangan dalam pasaran kewangan.

Sterling diniagakan stabil pada hari ini pada paras $ 1,2845 selepas menyentuh di atas puncak enam bulan pada $1.2908 pada Selasa berikutan hasrat Perdana Menteri Britain, Theresa May yang mahu mengadakan pilihan raya umum lebih awal sebelum rundingan Brexit.

Pelabur juga dilihat kekal bimbang mengenai kemampuan pentadbiran Presiden AS, Donald Trump untuk mendapatkan kelulusan pembaharuan fiskal atau cukai.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini.👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget