Dolar Stabil, Kekal Di atas Paras Rendah 4-Bulan

Dolar diniagakan stabil berikutan beberapa laporan dari Amerika Syarikat yang kurang memberansangkan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai Rizab Persekutuan memberikan pelabur hanya beberapa dorongan untuk membina momentum dolar mereka. Pelabur menilai komen daripada pegawai-pegawai Fed Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, yang mana sebahagian daripadanya telah mempengaruhi pergerakkan mata wang AS itu.

Presiden Fed New York, William Dudley berkata bank pusat mungkin akan mula mengurangkan portfolio bon 2017 tetapi juga mendakwa bahawa ia tidak akan tergesa-gesa untuk mengetatkan dasar monetari. Komen beliau membantu menarik semula dolar ke paras harga yang lebih tinggi 10 hari 112.19 yen pada Jumaat. Dolar AS ditutup pada 111.19 yen pada Isnin, 0.2 peratus lebih rendah. Presiden Fed Minneapolis, Neel Kashkari dan Presiden Fed St Louis, James Bullard, masing-masing berkata mereka menjangkakan kenaikan kadar pada tahun ini, namun mereka kekal berhati-hati terhadap ekonomi AS itu.

Indeks dolar kebanyakannya diniagakan sedikit berubah pada 100.390. Spekulator menurunkan wagers menaik dengan dolar AS buat kali pertama dalam tempoh empat minggu pada minggu yang berakhir pada 28 Mac, menurut laporan Suruhanjaya Dagangan dan Komoditi Hadapan.

Euro merekodkan kenaikkan sebanyak 0.2 peratus kepada $1.0676 tetapi kekal menghampiri paras rendah Jumaat $1.0649, paling lemah sejak 15 Mac. Mata wang tunggal terjejas ekoran laporan minggu sebelumnya yang menunjukkan bahawa inflasi zon euro semakin perlahan.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini.👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget