Harga Minyak Mentah Melanjutkan Penurunan untuk Sesi Kedua

Harga minyak diniagakan susut untuk hari kedua, jatuh dari paras puncak satu bulan yang dicapai pada sesi sebelumnya berikutan peningkatan pengeluaran Amerika Syarikat yang telah mencetuskan kebimbangan mengenai lebihan bekalan.

Harga minyak diniagakan susut untuk hari kedua, jatuh dari paras puncak satu bulan yang dicapai pada sesi sebelumnya berikutan peningkatan pengeluaran Amerika Syarikat yang telah mencetuskan kebimbangan mengenai lebihan bekalan.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent susut 4 sen atau 0.1 peratus dan diniagakan pada paras $55.82 setong. Pasaran minyak telah meningkat ke paras tertinggi satu bulan $56.65 pada sesi terdahulu sebelum menterbalikkan keuntungannya. Sementara itu, niaga hadapan mentah WTI AS turun 5 sen atau 0.1 peratus kepada AS$ 53.06 setong selepas mencecah paras $53.76 setong pada sesi sebelumnya, paras yang tidak dicapai sejak 7 Mac.

forextrg

Perhatian peniaga kini tertumpu kepada anggaran awal pengeluaran AS dalam laporan EIA yang menunjukkan pengeluaran tempatan terus mencatatkan kenaikkan. Laporan mingguan juga mendedahkan stok simpanan di hab minyak mentah AS yang terletak di Oklahoma, naik sebanyak 276.000 tong pada minggu ini.

Sementara itu, data menunjukkan penurunan yang tidak dijangka dalam jumlah stok simpanan minyak mentah Amerika Syarikat, yang merosot sebanyak 2.2 juta tong sebagaimana angka import jatuh sebanyak 717.000 tong sehari.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget