Nikkei Diniagakan Susut Ke Paras Rendah Empat Bulan Ekoran Kenaikkan Yen

Saham Jepun susut ke paras terendah empat bulan baru, sementara yen diniagakan lebih tinggi berbanding dolar susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa dolar AS kini terlalu kuat, yang memberikan impak ke atas pengeksport dan saham kewangan.

Saham Jepun susut ke paras terendah empat bulan baru, sementara yen diniagakan lebih tinggi berbanding dolar susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa dolar AS kini terlalu kuat, yang memberikan impak ke atas pengeksport dan saham kewangan.

Indeks saham Nikkei 225 ditutup 0.7% pada 18,426.84, paras penutupan terendah sejak 6 Disember. Sementara itu, Topix berakhir turun 0.8% kepada 1,468.31 dan Indeks JPX-Nikkei 400 susut 0.8% kepada 13, 164.58.


Mata wang AS terjejas selepas Trump berkata dalam satu temu bual dengan Wall Street Journal bahawa dolar kini telah menjadi "terlalu kuat". Beliau juga berkata bahawa beliau lebih gemar jika Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah yang rendah.

Saham Jepun telah menerima pukulan yang hebat pada minggu ini ekoran kebimbangan geopolitik yang semakin meningkat. Ketegangan di antara AS dengan Rusia, Syria dan Korea Utara selepas AS melancarkan serangan peluru berpandu ke Syria minggu lalu dan mengerakkan armada Trump ke Semenanjung Korea, telah menyebabkan pelabur menjadi lebih berhati-hati.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget