Wall Street Diniagakan Lebih Tinggi, Didorong oleh Sektor Tenaga

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) meningkat 0.01 peratus pada 20,658.02, berikutan Caterpillar mencatatkan keuntungan manakala Merck mengalami penurunan. S&P 500 menambah 0.07 peratus pada 2,357.16, dengan sektor tenaga mendorong kenaikkan untuk enam sektor yang lain sementera sektor telekomunikasi mencatatkan penurunan. Komposit Nasdaq naik 0.5 peratus pada 5,8880.93.

Ekuiti Amerika Syarikat (AS) ditutup sedikit lebih tinggi sebagaimana saham tenaga mengimbangi kerugian dalam saham kewangan, sementara pelabur menanti keputusan awal pendapatan korporat bermusim suku tahunan. Ketegangan geopolitik yang tercetus di Syria menyumbang kepada dagangan tidak menentu. Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson berkata serangan ketenteraan terhadap Syria berhubung penggunaan senjata kimia adalah sebagai isyarat amaran kepada negara-negara lain.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) meningkat 0.01 peratus pada 20,658.02, berikutan Caterpillar mencatatkan keuntungan manakala Merck mengalami penurunan. S&P 500 menambah 0.07 peratus pada 2,357.16, dengan sektor tenaga mendorong kenaikkan untuk enam sektor yang lain sementera sektor telekomunikasi mencatatkan penurunan. Komposit Nasdaq naik 0.5 peratus pada 5,8880.93.

JustForex

Indeks tenaga S&P menokok sebanyak 0.8 peratus dan membawa kepada keuntungan, sebagaimana saham itu menerima sokongan daripada kenaikkan harga minyak yang meningkat 1.61 peratus untuk ditutup pada paras $ 53.08 setong. Syarikat tenaga dilihat akan mengumumkan laporan pendapatan yang kukuh dengan lonjakan kenaikkan 600 peratus tahun ke tahun.

Sektor kewangan jatuh 0.3 peratus. Saham-saham bank telah turun apabila para pelabur meragui penilaian yang tinggi serta kemampuan Trump untuk memperkenalkan peraturan mudah dan dasar-dasar lain. Citigroup, JPMorgan dan Wells Fargo dijadualkan akan mengumumkan laporan pendapatan pada Khamis. Para pelabur menjangkakan peminjam akan menjelaskan mengenai prestasi industri perbankan A.S. dan kerancakan saham kewangan sejak pilihan raya Presiden AS, Donald Trump.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget