Emas Diniagakan Naik, Namun akan Mengalami Penurunan Terbesar Sejak November

Harga emas meningkat sedikit lebih tinggi sementara euro naik berbanding dolar, namun diramal akan mengalami penurunan mingguan terbesar sejak November ekoran risiko plotik Perancis yang semakin berkurangan serta jangkaan kenaikan kadar AS seawal Jun.

Harga emas meningkat sedikit lebih tinggi sementara euro naik berbanding dolar, namun diramal akan mengalami penurunan mingguan terbesar sejak November ekoran risiko plotik Perancis yang semakin berkurangan serta jangkaan kenaikan kadar AS seawal Jun.

Spot emas meningkat 0.1 peratus kepada $1,228.31 per auns, selepas mencatatkan kenaikkan ke paras 1,225.20 pada hari sebelumnya, paras terendah sejak 17 Mac. Logam berharga itu diramal akan berakhir lemah lebih tiga peratus pada minggu ini, peratusan penurunan terbesar sejak minggu berakhir 11 November.

Niaga hadapan emas AS mengukuh pada $1,228.60 per auns.


Pegangan SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar di dunia, susut 0.03 peratus kepada 853.08 tan pada Khamis.

Permintaan emas daripada bank pusat mencapai paras terendah dalam tempoh hampir enam tahun pada suku pertama susulan pembelian China yang telah terjejas, menurut laporan yang dikeluarkan oleh World Gold Council, yang mendorong penurunnan sehingga 18 peratus tahun ke tahun untuk permintaan secara keseluruhannya.

Bank pusat Rusia menambah pegangan emas dalam rizab antarabangsa pada tahun lepas, manakala mengurangkan bahagiannya dalam euro dan pound, data daripada Bank Pusat Rusia mendedahkan. Negara tersebut telah menghasilkan 31.01 tan logam berharga pada Januari dan Februari 2017, lebih rendah daripada 33.25 tan metrik dalam tempoh yang sama pada 2016, kata Kementerian Kewangan.

Randgold Resources mencatatkan penurunan dalam keuntungan suku pertama dan pengeluaran, terjejas ekoran tindakan mogok oleh buruh. Walau bagaimanapun, pelombong berkata ia kekal pada landasan untuk mencapai sasaran tahunannya.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini.👈
forextrg
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget