Harga Minyak Mentah Meningkat Susulan Ulasan Mengenai Lanjutan Perjanjian Pemotongan Pengeluaran

Harga minyak diniagakan lebih tinggi susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mnteri minyak Arab Saudi bahawa pemotongan pengeluaran Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang pada awalnya dijadualkan akan berakhir pada Jun berkemungkinan akan dilanjutkan ke separuh kedua tahun 2017. Walau bagaimanapun, peningkatan yang berterusan dalam pengeluaran Amerika Syarikat (AS) telah menghadkan kenaikkan.

Niaga hadapan minyak mentah Antarabangsa Brent naik sebanyak 72 sen atau 1.47% daripada bacaan terakhir, diniagakan pada $49.82 setong. Sementara itu, niaga hadapan minyak mentah WTI AS meningkat sebanyak 63 sen atau 1.36% pada $46.85 setong.

Menteri tenaga Arab Saudi, Khalid Al-Falih berkata pasaran minyak telah mengimbangi semula selepas beberapa tahun mengalami lebihan bekalan, walau bagaimanapun beliau masih meramalkan bahawa perjanjian yang dicapai oleh OPEC untuk menurunkan jumlah pengeluaran semasa separuh pertama 2017 akan dilanjutkan.

Al-Falih mengeluarkan kenyataan tersebut berdasarkan kepada perbincangan beliau dengan ahli-ahli lain yang mengambil bahagian, beliau yakin bahawa perjanjian itu akan dilanjutkan ke separuh kedua tahun ini.

Komen beliau dan kenaikan harga berlaku selepas pasaran minyak mengalami kerugian besar minggu lepas berikutan pengeluaran yang bengkak di negara-negara yang tidak menyertai perjanjian pemotongan pengeluaran, termasuk AS di mana ia mencatatkan kenaikkan dalam jumlah pengeluaran.

Keputusan mengenai sama ada untuk memanjangkan tempoh pemotongan pengeluaran dijangka akan diketahui pada mesyuarat rasmi OPEC seterusnya yang dijadualkan akan berlangsung pada 25 Mei hadapan.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini.👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget