Majoriti Saham Asia Diniagakan Kukuh Susulan Laporan Pekerjaan AS

Majoriti indeks pasaran Asia ditutup kukuh selepas laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang terbaru mencatatkan bacaan yang mengatasi unjuran dan data inflasi China bagi bulan sebelumnya adalah selari dengan ramalan. CPI China meningkat sebanyak 1.5 peratus tahun ke tahun manakala PPI menokok 5.5 peratus. Laporan pekerjaan bagi bulan Jun, yang dikeluarkan pada Jumaat mencatatkan bacaan yang lebih baik berbanding jangkaan, sebagaimana majikan AS menambah sebanyak 222, 000 peluang pekerjaan baru berbanding kenaikkan 179.000 yang diramalkan.

Nikkei 225 meningkat 0.76 peratus atau 151.89 mata kepada 20,080.98 dan indeks penanda aras Kospi Korea Selatan menokok 0.09 peratus atau 2.23 mata kepada 2,382.1.

S&P/ASX 200 berakhir 0.37 peratus atau 20.833 mata pada 5,724.4 didorong oleh keuntungan dalam indeks kewangan dan IT.

Sementara itu, pasaran China diniagakan bercampur-campur. Indeks Hang Seng naik 0.74 peratus, walau bagaimanapun pasaran di tanah besar China diniagakan lebih rendah.

Komposit Shanghai turun sebanyak 0.19 peratus atau 6.1052 mata kepada 3,211.8515 manakala Komposit Shenzhen susut 0.665 peratus, atau 12.7644 mata kepada hampir 1,905.3680.

Pasaran Thailand ditutup bersempena cuti umum.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini.👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget